Archive for November 20, 2009

..::TeRaKhIr DaRi SaYA::..

Posted: November 20, 2009 in Uncategorized
Assalamualaikum wth.
.
Saya Mohd Nafiruddin b Md Siadid, akan berangkat meninggalkan bumi morocco yang tercinta ini pada 21 November 2009, sabtu jam 9.15 pagi.
.
Jadi dikesempatan yang amat sedikit ini, saya menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kepada semua warga PMMM yang baru atau yang lama diatas salah, silap, serta kasarnya bahasa saya sepanjang perkenalan kita disini. Saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas melakukan salah. Ampun dan maaf sekali lagi.
.
Juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak kedutaan Besar Malaysia di Maghribi, Persatuan Mahasiswa Malaysia, serta rakan-rakan disini di atas bantuan yang sangat banyak diberikan kepada saya sepanjang 4 tahun keberadaan saya disini. Nasihat saya buat ahli PMMM semua, teruslah memberi kerjasama yang baik kepada pihak kedutaan amnya, dan kepada Pihak persataun khususnya dalam menjalani kehidupan antum disini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
.
Buat rakan-rakan,adik-adik junior..Semoga antum semua tabah serta terus semangat dalam menempuh dugaan dan halangan semasa menuntut ilmu disini. Semoga Allah mempermudahkan urusan serta terus memberi kejayaan yang cemerlang buat antu semua.
.
Akhirkata semoga berjumpa lagi di Malaysia.
.
Salam perpisahan.
Nafir

 

..::AkU SeDiH::..

Posted: November 20, 2009 in Uncategorized
Perpisahan itu sesuatu yang menyedihkan serta menyakitkan..bak kata orang jangan salahkan pertemuan jika ada perpisahan! yer memang sedih untuk meninggalkan morocco yang banyak mengajar serta memberi nafas-nafas kehidupan buat aku disini..
.
Ya Allah perpisahan itu semakin hampir untuk aku..perasaan yag amat sukar sedang menghimpit jiwa yang kecil ini.Aku redha dengan ketentuan ini..
.
Buat rakan-rakan seperjuangan..Semoga kalain berjaya disini.sama-samalah mendoakan kejayaan kita semua.Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian semua. insyaAllah…
.
Meow4ever,
Train 142,
Rabat Agdal-Mohammedia.