Archive for February, 2009

Salam semua..harap sehat hendaknyer! aku???Alhamdulillah baik-baik sahaja. kepada yang dah mula kelas untuk semester baru ni (Robi3iah),aku ucapkan selamat belajar untuk korang sume semoga Allah ta3ala membantu hamba-hambanya sekelian…yang tak lulus untuk sem yang lepas janganlah gundah gulana,sedih,tension menonggeng atau cubaan membunuh diri dengan keputusan  kita tu,bersabar lah wahai anak-anakku sesungguhnya ade hikmah disebaliknyer InsyaAllah..
.
Yang membaca blog meow4ever ni, aku ucapkan jutaan terima kasih terhadap kalian semua bukannya aper blog aku ni bukan macam blog orang yang lain kerana menyelitkan bahan-bahan ilmiah yang bermanfaat tuk korang semua tetapi sekadar  catatan kehidupan seharian aku. Tapi insyallah aku akan cube untuk menjadikan blog aku ni sebgai blog yang korang leh amik pengajaran,pembelajaran atau something like that gitu…
.
Ok! Azam baru Untuk semester baru?? yelah seperti kebiasaanya setiap awal tahun baru,tiap manusia mempunyai azam tahun baru masing-masing dan kita sebagai pelajar pun mesti menanam azam,azam yang dimaksudkan disini ialah kayu pengukur pencapaian kita didalam pembelajaran,sesuatu yang menjadi sasaran dan kejayaan yang mahu dikecapi pada bulan-bulan mendatang.So, kat sini aku nak selitkan sedikit Petua Azam Pelajar yang aku bacer dari majalah dewan siswa bulan januari 2009.
.
1) TETAPKAN APA-APA YANG MAHU DICAPAI
  • Ok,azam atau matlamat yang korang akan tetapkan ni,mesti mempunyai sasaran itu yang penting..korang take time,fikir apa yang korang nak capai untuk tempoh pembelajaran semester (robi3iah) sebagai contoh, nak cemerlang,nak buat banyak latih tubi,nak mengisi masa yang terluang dengan aktiviti berfaedah atau sebagainya.
2) PASTIKAN AZAM YANG REALISTIK
  • Yang penting kat sini ialah azam atau matlamat yang korang tetapkan tu mestilah yang realistik atau mudah kata azam yang mampu korang laksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan contoh untuk jangka masa semester (robi3iah) ni. kalau korang tetapkan azam yang terlalu besar,di khuatiri azam tu tidak berjaya untuk dilaksanakan dan korang akan abaikan begitu sahaja sbb kita tau dah azam atau matlamat yang kita tetapkan tu tidak akan berjaya.
3) UTAMAKAN DIRI SENDIRI
  • Azam atau matlamat yang korang tetapkan juga mesti apa-apa yang korang sendiri nak kecapi bukan atas permintaan orang lain sebab susah untuk mencapai azam atau matlamat hanya sekadar untuk membahagiakan seseorang atau individu tertentu.Motivasi diri jugak akan turut meleset sbb kita sedar azam tersebut bukan untuk kepuasan diri dan bukan dari diri kita sendiri. contoh macam kita kat sini,mesti kita mempunyai harapan ibu bapa,keluarga,guru-guru yang harus dipenuhi. jadi yang perlu kita lakukan ialah mempertimbangkan kesemuanya,dan gabungkan dengan harapan dan azam kita sendiri. So, kat sini kite leh puaskan hati semua orang termasuk diri kita sendiri…kan senang!xyah nak fenin-fenin.
4) AZAM HARUS DAPAT DISUKAT
  • maksudnya disini ialah,sesuatu azam mesti dapat disukat bukan sesuatu yang kabur dan mempunyai pengertian yang terlalu meluas. Contoh “saya mahu berjaya” sebab ianya tidak boleh diukur secara emperik tetapi kalo kita cakap “saya mahu mendapat 20 markah dalam subjek mantiq” ianya dapat disukat dengan melihat keputusan peperiksaan itu nanti. Dan jugak korang boleh tetapkan azam atau matlamat dengan menyenaraikan beberapa azam jangka pendek yang lebih kecik sebelom mencapai azam yang lebih besar sebagai contoh,nak buat banyak latih tubi,nak banyak bace kitab atau nak dapat sekurang-kurangnya 17 markah dalam semua subjek. Ini semuanya azam!
5) TULIS DAN IKLANKAN
  • Mengikut kajian yang pernah dijalankan oleh pakar psikologi bernama Profesor wiseman di Universiti Hertfordhire,UK,  52% dari mereka yang menetapkan azam tahun baru mempunyai keyakinan bahawa matlamat mereka itu akan dicapai pada hujung tahun.Tetapi bila sampai waktunya,hanya 12% sahaja daripada meraka menempuh kejayaan. Menurut beliau, kegagalan ini berpunca daripada azam yang tidak jelas dan tidak diiklankan. So,yang berazam iklankan korang punya azam tu dengan menampal kat dinding-dinding rumah supaya korang tak lupa jangan dibiokan dekat dalam laci duk terperap, lame-lame azam korang pun duduklah kat dalam laci tu ha..!
Idan..Selamat berjaya aku ucapkan dekat korang semua, diharapkan posting kali ni,bermanfaat tuk diri pembaca semua..Selamat mencuba!
.
.
Meow4ever,
Residen L’ambassador.
.
Note : Syarah petua-petua ni telah di edit menggunkan bahasa saya sendiri.
Advertisements

…::MaCaM-MaCaM::…

Posted: February 24, 2009 in Uncategorized
Assalamualaikum..hoho aku pun lame gak tak hupdate blog ni, hope korang sume sehat hendaknyer! aku bz ker nak update blog ni?atau aku malas?jawapannyer kedue²nyer skali ha3! selamat datang lah ke blog meow4ever aku ucapkan kepada yang datang bertandang walaupun tak dijemput dengan rasminya tapi yang membaca, ater maaplah yop teman maleh bebeno nak menghapdate blog teman nie…sbb tader stori² panas yang aku nak letakkan dalam nie tapi walau bagaimanpun aku kan cuba untuk memuaskan pentandang² yang datang bertandang ke blog aku nie..hehehe
.
“MaCaM-MaCaM”? ngape yerk? takder paper pun sebenarnye sajer sbb dah takder tajuk dah aku nak letak, tu yang aku pilih tajuk ni tu lagi satu kiter campur sume citer² yang berlaku sepanjang ketidak hupdatetan blog aku ni..ok first story yang aku nak citer ialah baru² ni aku pi Ekspo Buku Antarabangsa di casablanca,bolehlah tahan meriahnyer dengan adernye budak² sekolah tadika yang datang berduyun² tu maka meriahlah skit. aku takderpun beli banyak kitab,sikit² jer sbb lain yang dicari lain pulak yang dibelinyer.he3! antaranye buku Resepi Masakan Morocco( kumpul koleksi ) tak kire jenislah denggan pizzanyer,towajinnyer,basatilnyer n lagi satu aper erk?ouh kasakis lupe plak! bukan aper, senang beli buku ni  leh blajo masak,blajo bahase dan persediaan nak bukak kedai makan ker maner tau kan insyaallah. kalo “kami” bukak nanti jangan lupe datang kedai makan kami erk mesti vouge the vaste punyer!(berangan jer!)
.
Note : Sape kami?, betul korang belilah buku resepi morocco mesti korang leh istifadah bahase hi3. To shahiddan, jgnlah cakap kering sedih i bacer..walau aperpun yang mendatang kiter mesti terus berkayuh laju!
.
Nuktoh li ba3da hada..pas aku pi pesta buku hari jumaat tu,aku terus berlari ke rabat (Residen) untuk mengendalikan “medan” yang aku telah  tinggalkan buat seketika waktu tu, sbb ader progran Perwakilan Wanita kat residen, so antara santapan² di raja yang telah aku hasilkan adalah Mee Kari, Popia Goreng dan Bastela berintikan sayur campur! serta kuih muih tradisional yang lain..program yang bermula pada pukul 3.30ptg dan berakhir pada pukul brape entah, dihadiri oleh semua Kakitangan kedutaan Malaysia di Maghribi. hehehe!
.
Note : “medan”??? xyah tau arr…To ust matno Allah jazikoum bikhier!
.
Pas aku pi residen aku pi maner erk? ooops sebelom tu, tahniahlah aku ucapkan kepada pasukan yang menang main bola walaupun bukan budak² negare sendiri yang dapat no 1 kan,paperpun Savadieeekaaaap!ok berbalik kepada stori mori ni, kalo korang nak tau,sebab tu aku tak tau majlis tu habis pukul brape malam tu sbb aku ke kenitra terus sebelom majlis tu berakhir,hi3 maaf kepada semua..aku suke pi kenitralah,sebab aku rase kenitra ni macam kampung aku plak,biler sampai sini fikiran aku mesti jadi tenang dan tenteram..lagi pun cam lame plak tak pi kenitra yelah nak lawat sahabat² kat saner,boleh ajak  mengutuk n mengumpat seterusnye mengata hahah! just kidding..
.
p10603422Sesi penyerahan Memorandum Bantahan Akronim(Dari kanan :Saudara Musyrif, Saudara Fakhruddin, Tuan Presiden,Saudara Mohd Noor, Saudara Muhaimin, Saudara Rahmad dan Saudara Aimaduddin)
.
pastu jugak! sajer nak join ust matno sebagai pengerusi “GeMoBa” tuk serahkan memorondum bantahan akronim kepada Presiden PMMM yang disayangi Saudara Ahmad Fathi Bin Muhamad, semoga Allah memberikan kejayaan kepada Hamba_hambanya.
.
p/s : untuk bebudak kenitra terima kasih daun keladi aku ucapkan lebih² lagi rumah atas tue..saperlah ketua rumah die tu??hi3
.
Aku rase sampai sini jelah coretan post aku tuk kali ni aku dah ngantuk giler dah ni! yang membace Allah jazikoum bikhier…Bye-Bye!


…::EnTaH::…

Posted: February 16, 2009 in Uncategorized
Hai sume hope korang sehat disamping yang tersayang..Alhamdulillah klass aku tuk semester 6(semester akhir) dah pun bermule tahun ni aku just amik 2 modul jer taknak banyak² hahah nak balik mesia plak..universiti lain dah mule ker??bestnyer kalo belom sbb leh lepak² lagi..
.
So amacam hari ni?ader best?aku?? entahlah tak tau naper rase cam perasaan ni boring jer,sedih,rindu,tension pun ader but still lagi aku laluinya ngan seronok walaupun seronok tu aku buat² jer.Tak lupe tuk abg acik thanks sbb bg tau kat kiter ni lagu imran ajmain yang berjudul selamat ulang tahun sayang,best sangat² lagu ni tak tau naper;bile dengar lagu ni jer..aku rase tenang bercampur sedih tapi tetap lagu ni jadi best!
.
oklah,aku berundur diri dulu semoga kalian baik-baik saja..nanti kalo aku rajin aku hapdate lah blog aku nie..bye!

..::Sel@mAt MeNgUnDi::..

Posted: February 11, 2009 in Uncategorized

election

Assalamualaikum…
.
Kepada :  Semua mahasiswa/i Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi,
.
Saudara/i,
.
PERINGATAN HARI MENGUNDI BAGI KERUSI TIMBALAN SETIAUSAHA KEHORMAT I SESI 2008/2009.
.
Merujuk kepada perkara di atas, pihak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) ingin mengingatkan semua ahli PMMM berkenaan dengan Hari Pembuangan Undi bagi kerusi Timbalan Setiausaha Kehormat I yang akan diadakan pada 14 Februari 2009 (Sabtu).
.
2. Butiran lengkap mengenai Hari Pembuangan Undi, sila rujuk lampiran 1.
.
3. Sekadar makluman, bagi mahasiswa/i di Wilayah Casablanca, pihak kami telah melantik Saudara Mohd Nafiruddin bin Md Siadid sebagai wakil SPR anda memandangkan wakil SPR anda akan pulang ke Malaysia.
.
4. Sehubungan itu pihak kami berharap agar warga PMMM dapat memberi komitmen yang sewajarnya dalam memilih calon yang baru agar dapat melestarikan kecemerlangan PMMM pada sesi ini.
.
5. Segala kerjasama amat kami hargai dan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengucapkan Selamat Berkempen dan Selamat Mengundi buat semua Ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM).
.
“TELUS, CEKAP DAN AMANAH”
.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
( NUR SU’AIDAH BINTI ROSLAN )
Setiausaha SPR 2008/2009.
Salam dulu…!!
naper tajuk posting aku kali ni tentang ikan masin dan udang kering takder tajuk lain ker?erm..suke hati akulah,ade aku kesah?aper2 pun tq tuk tuan umah aku sbb kasi kus-kus dan refisah kat aku yang suke makan ni..korang tau ker rafisah tu aper??aku pun ader dengar jugak sebelom ni tapi aku baru makan tadi.hahaha! refisah ni aku kategorikan sebagai roti canai lembut yang telah dirobek2 dan diatasnyer disimbahkan kuah dal mamak yang menyelerakan. ha tulah refisah..
.
Sebelum tu aku ader kesah yang membuatkan aku terbahak2 keseorangan disebalik rafisah nie.nak tau keR? jom layan!..dua hari lepas, aku punggah balik barang yang family aku kasi tempoh hari terutamanya ikan masin n udang kering sbb die dah cam lembap n berbau tengik so,aku basuh balik aku susun dalam talam dan aku jemur kat sutuh rumah aku ni memandangkan cuaca hari ni dan semalam baik-baik saje. Jadi baru tadilah aku angkat dan aku bungkus dalam surat khabar memandangkan aku nak jemur balik esok. Sepinggan udang kering dan talam yang aku guna tu, sengaja aku biarkan di atas meja. kebetulan lepas aku siap bungkus, aku terus mencapai pinggan mangkuk yang aku tinggalkan tengah hari tadi dan aku cuci. Maser aku cuci pinggan mangkuk tu datanglah tuan rumah bagi salam dan ditangannyer ada sepinggan makanan yang bernama refisah (sukanya hati aku dapat makanan lagi!) masa dia nak bagi tu, dia baru nak cakap ” ni ader sedikit makanan nak kasi….” terus ayat dia terpotong dan memek muka dia berubah macam orang bau sampah yangmana aku tak boleh nak lupa betapa klakarnya masa tu, dan terus dia cakap “eh ada satu baulah! aku tak tau bau apa, dari tadi aku bau tapi tiada pulak apa-apa..sambil kepala pakcik ni mencari-cari sesuatu di depan ruang bilik aku” aku terus nak tergelak tapi aku tahan aku gantikan dengan senyuman lesum pipit aku yang menawan  ni, terus aku cakap “maaflah mungkin bau benda ni” sambil jari aku menunjukkan sepinggan udang kering yang aku jemur semalam. pastu terus dia kata oh “la…la..mafish mushkil!” sambil dia mencium bau udang kering tu dan bertanya ape benda ni? aku terus cakap “ni udang yang dah kering dari malaysia…” pastu dia kata oh…..ok! kau cubalah makanan yang aku kasi tu,dalamnya ada ayam,bawang dan 3adas. kami kat sini panggil Refisah…Bisehhah!
.
Kelakar tak?kalo tak kelakar takpa…sebab korang bukanyer tau pun, yang aku ni tergelak sorang-sorang mase makan refisah yang die kasi tue.kelakar giler!!nak pecah perut..huahuahuahuahua. walaubagaimana,aku ucapkan terima kasih kepada tuan umah aku yang baik hati,semoga Allah memurahkan rezeki kalian..Amien
.
Ha tau dah kan sbb aper storyline aku ‘ikan masin dan udang kering’.Hope korang terhibur dengan hikayat yang aku ceritakan tadi..daa~
11.13minit malam
-Bait inDa House!-
-KEPUTUSAN PENAMAAN CALON
.
Alhamdulillah..Akhirnya habis gak Penamaan calon bagi kerusi Timbalan Setiausaha Kehormat 1 Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi ni setelah lama aku ‘n’ my team berhempas pulas untuk menyiapkan benda-benda yang sepatutnye kami buat walaupun ada orang yang cuba untuk mengkontroversikan SPR tahun nikan.Ada aku kesah!!! jangan nak tunjuk diri korang jer yang betul erk! takder maser aku nak layan.Erm..Ape-ape pun tahniah aku ucapkan kepada bakal calon yang telah menonjolkan dirinya untuk memegang kerusi tersebut. semoga korang bekerja keras demi melicinkan pentadbiran Persatuan kita ni, jangan banyak nak kritik orang jer..sekali sekala nak gak tgk korang buat kerja macam mane kan..? best of luck lah tuk korang sume..Semoga Allah permudahkan urusan korang-korang nie! Tahniah Sekali lagi…
.
Inilah wajah-wajah yang bakal merampas dan menarik-narik rambut untuk mendapatkan kerusi Timb.Setiausaha Kehormat 1 PMMM.bakal-calon-bagi-kerusi-timb-setiausaha-kehormat-1
.
new-picture

.

new-picture-1

.
new-picture-2
.

So korang dah tau kan calon-calonnyer?ker tak nampak lagi?he3..gurau jer! so aper tunggu lagi berkempenlah untuk calon yang paling layak untuk menduduki kerusi ni erk. Kita ada seminggu lagi untuk menunggu Hari Pembuangan Undi. Jangan lupa na…! daaa~~~
.
-Villa La Colline-
1.48 pagi
Assalamualikum wth..pekaba semua?hope sehat2 belaka hendaknya…so amacam result korang sume? ok dah ker? kepada yang berjaya aku ucapkan Alf-alf Mabrouk untuk korang sume dan buat yang kurang berjaya bukan tidak berjaya erk..jangan sedih2 tension2! asalkan kita telah berusaha,bak kata seorang bapa kepada kawan aku “kalau kita usaha sikit dapatlah sikit,kalau kita usaha banyak dapatlah banyak..buat aper nak sedih2”. Apa-apa pun aku doakan agar Allah ta3ala membantu,memudahkan dan memberikan kejayaan kepada korang sume.
.
So, tuk post ni seperti tajuk yang tertulis diatas aku nak titipkan kesah aku pi jalan2 ker bahgian utara Morocco baru-baru ni tapi aku taknak menggunakn teknik penceritaan but sekadar noktah-noktah yang penting sahaja..he3!

Sabtu
9.00pg : Kami bertolak dari rabat ke bandar chefchaouen.
11.00pg : Berhenti disebuah maqha dan bersarapan beramai-ramai. Antara menunye ialah roti sardin,currypuff dan kuih kasturi.
2.00ptg : Tiba dibandar chefchaouen dan terus chek-in dihotel yang diberi nama Panador dan makan tengahari yang bermenukan nasi lemak,ayam goreng,makaroni,ayam masak kicap dan rendang ayam.Lepas kami semua kendiri.
4.00ptg : Kami berjalan beramai-ramai dan shopping di Souq Qodiem Chefchaouen.
7.30ptg : Selepas sudah solat,kami bersiar-siar disekitar bandar Chefchaouen dengan menaiki kereta untuk melihat pemandangan bandar dimalam hari. Antara tempat yang dituju ialah Hotel Atlas untuk melihat seluruh bandar chefchaouen dari atas bukit dan Ra’sul maa.
9.30mlm : Makan malam bermenukan seperti yang tertulis di atas..(menu tengahari) sbb lauk tgh hari banyak lagi!he3…Pas habis makan, kami semua masuk tido..cam asrama plak!
.
image059…………………….Pelangi di bandar chefchaouen
.
image061………………………..Satu lorong di Chefchaouen
.
Ahad
9.00pg : Kami terlajak bangun dan terus kendiri dan bersarapan pagi di restaurente hotel Panador. Menu yang disediakan ialah roti bakar bersama madu,jem strawberry dan keju bladi,Fresh oren,Susu coklat panas,Telur rebus dan malwi.
11.00pg : Meneruskan perjalanan ker Tetouan dan Martil.
12.30tgh hari : Berhenti makan tengahari di sebuah cafe di Pantai Martil.
3.00ptg : Menyambung perjalanan ker Tonjah.
4.30ptg : Bertolak balik ke Rabat.