Archive for May, 2009

salam…
apo khabar pakcik-makcik di luar sane? ari ni ngah menunggu waktu jumaat,abg nafir terbuka dan membiarkan ruangannya ini terdedah. Jadi,dengan rakusnya anak cek milah mengambil alih tempat ini….hahahaha!
.
Hari ni anak cek milah nak cite sket pasal keburukkan si pemilik blog ni,hahah. Orangnya sangatlah xpandai masak…alah,yg kat dapur duta tu,bukan die yg masak,tapi,niaha…anak cek milah ni yg masak..saje je nak amek name kat duta,aahh! Jentat!!! Sentap!!!!
.
aaaaaaaaaaaaaaaaahhhh…Puas rasanya menulis. rasenye cukup sekadar ini sahaja…
p/s: Anak cek milah suke berterus-terang.
oleh: Wan Saiful Wan Jan
.
KALI pertama saya bertemu bekas mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin ialah pada Disember 2008. Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom datang ke London untuk menyertai demonstrasi mengenai Gaza.
.
Kebetulan ketika bertemu, saya pun mengikut beliau dalam demonstrasi tersebut walaupun untuk sekejap sahaja.
Selepas berdemonstrasi, saya meneruskan perbualan dengan Dr. Asri sehingga hampir tengah malam.
Beliau meminta penjelasan kenapa kami di Malaysia Think Tank beriya-iya mempopularkan faham libertarianisme sehingga sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk menaja peserta Akademi Merdeka yang kami anjurkan secara berkala.
.
Pada 1-3 Mei depan, kami sekali lagi akan mengadakan Akademi Merdeka di Pulau Pinang.
Rupa-rupanya walaupun ada perbezaan di sana-sini, banyak juga persamaan pandangan antara kami. Saya menghormati Dr. Asri sebagai seorang yang boleh menerima perbezaan pandangan tanpa terlalu dipengaruhi emosi.
.
Isu paling hangat yang kami bicarakan pada malam itu ialah mengenai kewibawaan institusi fatwa di Malaysia. Kesejukan di tengah-tengah musim dingin pun menjadi panas dalam perbincangan itu!
.
Minggu lepas saya bertemu sekali lagi dengan ilmuwan agama ini di Dewan Malaysia London. Beliau menyebut bahawa majalah Al-Islam keluaran April 2009 telah menyiarkan pandangan beliau mengenai betapa kita perlu memperkukuhkan institusi fatwa negara.
.
Dalam majalah tersebut Dr. Asri mencadangkan agar diwujudkan badan-badan fatwa bebas selain daripada Majlis Fatwa yang rasmi.
.
Memetik kata-kata Dr. Asri, lebih baik jika kita mempunyai “badan fatwa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh ilmuwan daripada pelbagai aliran. Bebas daripada kongkongan kepentingan, mampu mencampuri pelbagai urusan umat. Ia boleh dibiayai oleh institusi wakaf agar tiada siapa yang mengongkongnya.”
Nampaknya daripada satu topik sembang-sembang selepas demonstrasi, idea itu kini telah dilontarkan ke khalayak ramai.
.
Saya menyokong cadangan Dr. Asri itu. Seperti yang beliau sendiri sebutkan, Majlis Fatwa Kebangsaan gagal menjadi badan yang memimpin rakyat dan kebebasannya tersekat.
Kewujudan badan fatwa bebas akan mewujudkan persaingan dalam institusi fatwa di Malaysia, selaras dengan firman Allah yang mahukan kita berlumba-lumba mengerjakan kebajikan.
.
Hakikatnya, badan fatwa adalah kilang untuk mencerna idea-idea bernas dalam rangka menghasilkan fatwa sebagai produk. Pekerja-pekerja kilang tersebut ialah para ulama yang terpilih.
.
Sekiranya hanya satu sahaja badan yang memonopoli proses pengeluaran fatwa, maka akhirnya mereka akan menjadi acuh tak acuh dalam menjalankan tugas. Apatah lagi jika para pekerjanya merasakan bahawa pekerjaan mereka sentiasa selamat, atau masyarakat tidak mempunyai pilihan selain daripada menerima bulat-bulat apa yang mereka keluarkan.
.
Akibatnya akan keluarlah pandangan-pandangan yang kualitinya boleh dipersoalkan, seperti mana beberapa fatwa yang dikeluarkan baru-baru ini. Mujurlah Perdana Menteri dan Raja-Raja menyelamatkan keadaan.
Apabila ada persaingan, badan-badan fatwa ini akan lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan agar ‘produk’ mereka berkualiti tinggi dan wibawa ‘kilang’ juga tidak tercalar.
.
Saya ada bertanya Dr. Asri apa yang beliau maksudkan sebagai ‘badan bebas.’ Menurut beliau, ‘badan bebas’ bermaksud tidak terikat dengan mana-mana kepentingan atau kuasa yang lebih tinggi.
Apa yang saya faham, ini bermaksud badan fatwa itu boleh mengeluarkan pandangan dalam apa-apa isu yang mereka mahu, tanpa perlu merujuk kepada kuasa atasan. Sandaran mereka adalah hujah berteraskan al-Quran dan hadis semata-mata.
.
Saya setuju bahawa kebebasan ini penting kerana kadang kala mereka yang bertanggungjawab mengawasi majlis-majlis fatwa rasmi ini pun sebenarnya jauh daripada Islam yang tulen. Peranan mereka dalam pentadbiran agama semata-mata kerana jawatan yang dipegang, bukan kerana keilmuan atau pengamalan.
.
Pandangan seumpama yang dilontarkan oleh Dr. Asri pasti akan mengundang kontroversi dalam negara kita. Bagaimana kedudukan Majlis atau Jabatan Agama Islam? Bagaimana kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan?
Apa kedudukan Raja-Raja Melayu yang turun temurun memegang jawatan sebagai ketua agama? Bagaimana jika fatwa yang dikeluarkan mengundang polemik baru? Di mana kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)?
.
Pasti kita memerlukan masa lebih panjang untuk membicarakan semua ini. Jangan tergesa-gesa untuk mengubah segala-galanya. Apa yang penting sekarang ialah perbahasan awam yang matang dan sihat.
.
Cadangan Dr. Asri ini juga menjemput kita untuk mengimbau status institusi wakaf di negara kita. Badan fatwa bebas yang dicadangkan oleh Dr. Asri hanya akan berjaya jika wujud pertubuhan-pertubuhan wakaf yang kuat.
Hampir semua wakaf di Malaysia ditadbir oleh kerajaan. Seperti mana monopoli telah membawa kesan negatif kepada institusi fatwa kita, monopoli juga telah melemahkan institusi wakaf kerana tidak wujud persaingan untuk menjadi yang terbaik.
.
Ini bukan salah pihak berkuasa. Apa-apa institusi sekalipun akan menjadi lemah sekiranya tidak wujud persaingan yang sihat.
.
Maka tidak pelik jika Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Datuk Sohaimi Mohd Salleh berkata bahawa beliau teruja dengan kekuatan kewangan endowment di Universiti Harvard.
.
Model yang mereka gunakan amat mirip dengan model wakaf dalam Islam. Dana mereka mencecah RM$65 bilion, lebih banyak daripada jumlah pakej rangsangan ekonomi seluruh Malaysia!
Situasi tersebut hanya wujud di negara yang membebaskan wakaf dan endowment daripada belenggu birokrasi dan pengaruh politik.
.
Institusi wakaf juga perlu digalakkan berfungsi dengan bebas agar mereka boleh membiayai kerja-kerja organisasi yang sesuai, seperti badan fatwa bebas yang dicadangkan oleh Dr. Asri.
Negara kita kini semakin dewasa. Saya harap kita boleh membincangkan pandangan bekas mufti tersebut sebagai orang dewasa, tanpa dipengaruhi oleh emosi atau sentimen yang melulu. Hujah dan dalil mesti dijadikan sandaran utama.
.
WAN SAIFUL WAN JAN ialah Ketua Pengarah Malaysia Think Tank dan kini menetap di London.
.
sumber: http://drmaza.com/home/?p=604

..::FiNaL ExAm,BaHaS::..

Posted: May 18, 2009 in Uncategorized
Sementara menungu untuk aku mandi ni…sempatlah jugak aku nak menghupdate blog aku ni!! erm…tidak dilupakan kepada penjenguk-penjenguk blog aku ni,aku ucapkan bebanyak terima kasih kat korang sb sudi baca blog aku..Allah Jazokoum Bikhier…!
.
Xder per nak diceritakan…hanyalah sekadar coretan harian walau bukan hari-hari pun aku update blog ni! erm…untuk pengetahuan korang suma minggu depan dah start Final Exam aku untuk tahun terakhir aku kat sini…Bahas pun hampir tiba ke destinasinya…Doa2kanlah kami di sini yea! semoga dipermudahkan segala Urusan dan berjaya kelak..
.
So butirannya adalah seperti berikut :-
  • 25/5/2009 : Maddah Ijtihad
  • 27/5/2009 : Maddah Feqh Al-muqoran
  • Dan Tarikh Taslim Thesis adalah pada hari Isnin 25/5/2009
.
Sekian dimaklumkan…Semoga Kita semua berjaya dalam peperiksaan kali ini!  jadikan keputusan semester lepas sebagai motivasi dan semangat untuk berjaya semester kali ini..
.
Meow4ever,
Rue Sous..
Mohammedia…

..::SuAtU MaSa Dulu::..

Posted: May 17, 2009 in Uncategorized
Post kali ni aku anggap ianya sesuatu yang eksklusif  bg aku dan teman2 seperjuangan….berjuang??? whateveeer! yerlah mengembalikan nostalgia era kebudak2an yang aku rasa sesuatu yang cukup manis bg aku…wah!!! ayat macam citer Laskar Pelangi plak..hehhehe.
.
Ketika itu kami berlima sebagai budak baru yang masih suci dan masih lagi mentah dalam mengharungi liku-liku kehidupan di bumi Maghribi ini…tapi sekarang semuanya sudah berubah, semuanya hanya tinggal sebagai satu memori abadi buat kami..
.
Yelah semuanya dah berjaya..hanya tinggal Aku,Deli dan Pokchek untuk meneruskan saki baki perjalanan pembelajaran kami di sini..
.
Aku yang masih kurus,ramping dan tidak matured tika itu, sudah meningkat dewasa sekarang….Deli yang masih ego bermisai kini telah menjadi cacat dek kerana cintanya yang tak keruan….jadi buat si pecinta deli diharapkan bersabar dengan apa yang berlaku! semoga Allah permudahkan urusan kamu berdua..bertuah saper dapat ust deli!! dan pokchek yang kecik dulunya, sudah besar sedikit dan masih gagal dalam bab percintaan…sapa nak bolehlah!
.
Erm..klah merepek jer! tgklah gambar-gambar kami maser tahun satu dulu..semoga terhibur!
.

IMG_0061

IMG_0080

IMG_0097

IMG_0026

IMG_0054

IMG_0050

IMG_0034

IMG_0036

P1120096
.
Teman,
Hargailah persahabatan ini,
Walau aku tak pernah minta untuk dihargai..
.
Meow4ever,
Rue Sous..
Mohammedia.

..::HaBiBi MuShTaaLaK::..

Posted: May 12, 2009 in Uncategorized
Between Earth And Sky,
There Are Clouds…
.
Between You And Me,
Relationship Forever Are…
.
Semoga Perpisahan  ini tidak akan memutuskan hubungan yang terjalin sekian lama..kita sama-sama mendoakan kejayaan masing-masing. Moga kita dapat berjumpa lagi selepas ini, untuk yang terakhir dan tak akan berakhir…sayang kamu selamanya~
.
Aku rindu~
Maafkan aku!
.
DSCF7139.
DSCF7168.
DSCF7193.
DSCF7196.
DSCF7201.
DSCF7271.
DSCF7301.
DSCF7320.
DSCF7318
.
DSCF7311

..::AdIk BaRu::..

Posted: May 10, 2009 in Uncategorized
Salam semua..,semoga sehat dan baik-baik hendaknya!
.
Lepas habis makan semalm ..panjang bg aku msg..tanyer pasal makanan kucing yang nyanyau punya tahun lepas ader lagi ker tak…aku cakap napeR??ader kucing ker??pehtu panjang cakap ader..kalo nak tgk dtglah umah..so aku dtglah umah dorang mlm tadi dengan berbekalkan makanan kucing yang aku simpan tuk nyanyau satu masa dulu..heheh!
.
Comeiiinyeeeeeeeeerr!!! 2 ekor plak tu, bulu separa kembang dan dua² betina…Erm..aku baru lepas mandikan dorang ni wangi skit..huk²
.
IMGP9374.
IMGP9378.
IMGP9379.
IMGP9382.
IMGP9380.
IMGP9367.
Ok..enjoy!! nama xder lagi sbb ade yang panggil putih,ader merah,ader syame!! ish ntah aper2 ntah dorang panggil nama tak vouge! erm..kalo korang ader nama sesedap bglah tau aku erk…
.
Sekian.. Merci!
Meow4ever,
Rue Sous..
Morocco.