..::2010 in review::..

Posted: January 2, 2011 in Uncategorized

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads This blog is doing awesome!.

Crunchy numbers

Featured image

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 1,600 times in 2010. That’s about 4 full 747s.

 

In 2010, there were 4 new posts, growing the total archive of this blog to 88 posts. There were 3 pictures uploaded, taking up a total of 1mb.

The busiest day of the year was March 10th with 48 views. The most popular post that day was ..::WarrrGh::...

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were facebook.com, k-pmmm.blogspot.com, furqanalhammasiyy.wordpress.com, syahiddmilikku.blogspot.com, and inskripsiabdi.wordpress.com.

Some visitors came searching, mostly for bastela, larache, epal pai, kebaikan nenas, and kulit popia.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

..::WarrrGh::.. March 2010
5 comments

2

MeNu HaRi InI January 2009
9 comments

3

…::BaStELA::… March 2009
6 comments

4

..::AkU DaN LaRaChE::.. April 2009
4 comments

5

..::GaMbAr MaJlIs PeRtUnAnGaN::.. June 2009
5 comments

Advertisements

..::JaTuH::..

Posted: March 25, 2010 in Uncategorized
Hari ni sesi persekolahan berjalan seperti biase,yang mane tiada sedikit perubahan walau sebesar zarah pun untuk pelajar-pelajar yang bersekolah disini..masih berperangai yang nakal,mulut tak tau diam..kurang ajar,biadap atau senangnyer semua perilaku yang kurang baik ada dalam diri sebahagian besar pelakar di STAJ..(bukan semua).
.
Yer..hari ni memang geram tahap yang tidak dapat diduga…sepuluh minit terakhir,sebelum waktu mengajar aku habis aku benarkan mereka semua untuk turun solat asar, seperti biasa perangai budak budak ni..sebelum sampai ke surau,mesti merayap serta mengelilingi kelas lain untuk mengganggu budak lain untuk sampai ke surau…maser yang dibenarkan untuk keluar solat adalah 15 minit shaja. ini bermakna 10 minit aku dah bagi tuk mereka ke surau,baki hanya 5 minit sahaja diperlukan dari waktu guru seterusnya(waktu guru cina lepas aku).
.
Tapi apa yang terjadi hari ni memang memalukan aku khasnya, dan guru-guru islam(subjek pendidikan islam)amnya..maner taknya budak2 yang aku lepaskan tuk solat tadi,telah masuk lewat ke kelas seterusnya..sehinggakan guru cina tersebut datang bawak budak2 tu sekali berjumpa aku untuk mendapatkan kesahihan cerita…rupenye budak2 ni telah menjual nama aku dengan kenyataan aku membenarkan mereka solat sehingga lewat masuk ke kelas setengah jam! Ya Allah..fitnah apekah ini?? selepas menjelaskan perkare sebenar,bdak2 tu dibawa kebilik disiplin..biarlah cikgu disiplin yang menentukannya..
.
Baru aku tau pelajar di sekolah ni,suke menjual nama guru-guru sebgai alasan untuk tidak terkena apa-apa tindakan seperti dirotan atau dihadapkan ke bilik disiplin..betul kata Kak Yan, disebabkan budak-budak mcam ni,kesannya potensi kerjaya atau prestasi kite murundum atau “JaTuH” dan akan menjadi buah mulut guru-guru lain..sangat memalukan!
.
Maaf kepada anak didik di tingkatan 1 tadi (masa terakhir) kerana terkena tempias kebengangan,kemarahan dan sakit hati aku mase dalam kelas tadi sehinggakan ader yang kena rotan di tangan…Maafkan saya! Akhirnya saya doakan anak didik saya berjaya di dunia dan akhirat!
.
Sekian,
Cikgu Nafir.
.

..::MeNAkUtKaN::..

Posted: March 22, 2010 in Uncategorized
Salam semua…lame tidak bercerita di blog sendiri! terima kasih saya ucapkan kepada pembaca yang sudi bacer blog saya nie..Alllah jazikoum bikhier!
.
Urm..terase nak update biler ader cerite. Tadi sesi persekolah bermule semula setelah sekian lamenyer bercuti! amatlah bosan tuk aku yang nak berjinak-jinak di bidang pendidikan nie…yerlah sbb duk umah tader buat aper! melepak,makan,minum atau erti kata lainnya membesarkan perut dan bontot! opss..sori! terlepas sudaaa~
.
Sampai je bilik guru terus ke bahgaian belakang sbb nak hidupkan aircond..maner taknya cuaca di malaysia yang semakin panas memaksa kita untuk mencari tempat yang redup dan sejuk untuk berteduh..sambil2 hidup kan aircond aku di tanye oleh kak intan..dapat tak?? dapat tak?? dapat ape kak?? MTest KPLI..mtest KPLI?? yerlah sbb kak hajar n kak2 yang lain sume dapat panggilan Mtest yang kedua..nafir tak dapat ker?? tanye kak kak intan…urm,saya xdapatlah kak..xder rezekilah tu!
.
Nak dipendekkan cerite..aku disaran oleh kak Bib tuk cek nama aku melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) samada dapat atau tak tuk ujian Mtest..so aku pun ceklah,mengikut katalah gamaknya..mase kat Perhimpunan, tetibe der msg masuk..yang berbunyi TAHNIAH! anda berjaya dipanggil untuk menduduki MTEST yang ke 2..in9i bermakna aku berjaya melayakkan diri untuk menduduki ujian tersebut…Alhamdulillah!
.
Ouh yer..aku guru bertugas hari ni..tugasan ni yang aku paling tak suke sekali coz terpakse terjerit n terlalak kat dewan tu suh diam,suh kemaskan tali leher,pakaian dan sebagainyer..dahlah sore aku ni lemak bercreaaam disukai ramai! takkan terdaya nak menjerit punya..akhirnya digelak oleh pelajar sendiri!Memalukan…tapi nasiblah,guru lain yang membantu mengonduct perhimpunan ptg tadi..terselamat lagi!! tapi hari esokkan masih ader…mungkin aku yang akan terkena..Takutnyer!!
.
Masih cerita dilingkungan sekolah lagi, minggu ni…amat menakutkan buat aku mungkin juga buat kawan2 seangkatan dengan aku yang ader kat sekolah STAJ tue.sbb program pencerapan guru-guru telah bermula..buat aku yang masih belajar di bidang pendidikan ni,ianya amat berat, juga menakutkan buat aku,maklumlah biase tgk cikgu kena selia mase sekolah2 dulu..cikgu akan pesan kat kitrang suh duk diam2,pehtu suh aktif,hinggakan cikgu2 dah siap bg soklan kat murid2 suruh tanye bila sesi soal jawab dibuka..semuanya dirancang rapi oleh cikgu kami.tapi kali ni aku plak yang kena Selia oleh Ketua Panitia (NAsib bukan NAzir atau pengetua). Selamaaaaaat!! doakan aku yer kawan-kawan!
.
Urm..k,lah setakat ni jer dulu..kalo ader idea aper yang aku perlu buat tuk sesi pencerapan tu nanti lehlah share idea korang tu dengan memberi coment tuk post ni k…oklah! lewat malam sudaa~ esok pg temujanji dengan DR di klinik kesihatan..Doakan sy juga!!
.
Cikgu Nafir,
Selangor Malaysia.

..::WarrrGh::..

Posted: March 10, 2010 in Uncategorized
Salam semua..moga sehat sejahtera hendaknyer!
.
Erm,minggu ni bz skek sbb kena jaga peperiksaan dan kena tanda kertas jawpan untuk 8 kelas..matilah! penat2….tapi takper,demi mencari pengalaman dalam bidang pendidikan yang aku rasa mencabar ni,aku harus tempuhinya dengan hati yang redha dan bersabar..moga ada ganjaran disebaliknya insyaAllah.
.
.
First skali nak citer pasal kesah sedih yang melanda aku n kawan seangkatan (Cikgu) dengan aku kat STAJ,nak tau kesahnyer?hehhehe…kalo korang nak tau,kami tak diterima untuk menduduki Ujian MTEST untuk KPLI SR yang kami isi bulan lepas..adalah 2 orang cikgu jer yang dapat iaitu kak intan n ustat Faiz@PODO kita…MABROUK untuk kedua mereka..mungkin kami tiada rezeki kami untuk memenuhi kerusi-kerusi Ujian MTEST tu nanti..kami redha dengan ketentuanMU..
.
.
Ok,tukar cerita lain..citer happy plak!uhuh..nak tau aper citer nyer??ngeee~ citernyer berbunyi yang mana,kucing aku dah beranak…anak cute2 sangat! geraaaaaaaaam~hukhuk adalah 4 ekor,saper yang nak bolehlah calling2 aku k…hehehhe.
.
.
ok citer happy yang lainyer…aku berjaya membiakkan Pokok pudina atau pun na’na’  kat taman umah aku ni,ha tgklah gambar tue..segar bukan?hhuhuh.kalo nak tau,aku suke gak bercucuk tanam ni,tapi biler aku tanam jer mesti mati pokoknyer..tapi kali ni aku bejayalah….huhuhu!hepi bangat dong..
.
Citer lain??erm…lain kalilah lah erk..myb cukup sampi sini.kalo ader kesah2 yang best aku sharelah kat sini k..ok Daaaa~
.
Cikgu Nafir
Malaysia.

..::No tItLe::..

Posted: March 3, 2010 in Uncategorized
Salam semua…hope  sume pembaca yang kononnye setia membaca blog aku ni sehat-sehat hendaknya..
.
Mungkin ini post pertama aku sejak aku balik dr morocco…malas sebenarnya nak update! walau ader broadband kat umah nie…pg ni terase nak update sbb mungkin dah lame sangt kot aku tinggalkan blog yang pernah aktif  jugaklah satu hr dulu.
.
Skunk minggu yang sangt bz..aku seorang cikgu di sekolah menengah,mencari pengalaman untuk terus maju dalam dunia kerjaya ni..sbgai pendidik,tugas yang digalas amatlah berat dan akan dipersoal kelak..ok! minggu ni bz bangat dengan banyak program yang bakal berlangsung..dengan Maulid Nabawi,Pertandingan Kawad Kaki,Ujian Bulanan, dan pelbagai lagi program yang akan dilaksanakan..Penat sbb kena jadi AJK! huhuhuh..Tapi takper,nasib pernah amik PORT  dalam program persatuan dulu,so tidaklah sangat janggal bg aku!kire ader pengalamanlah jugak  ni! bergune…
.
Oklah tukan tuk update yang pertama ni…kekok plak nak menulis,mungkin lame sangat ditingglkan mende alah ni. Nanti kalo ader story..i akan storymorry kat blog ni k!
.
Daa~
Meow4ever.
“Terlalu Banyak Untuk di Ceritakan..Tapi Pada Shapa?”

..::TeRaKhIr DaRi SaYA::..

Posted: November 20, 2009 in Uncategorized
Assalamualaikum wth.
.
Saya Mohd Nafiruddin b Md Siadid, akan berangkat meninggalkan bumi morocco yang tercinta ini pada 21 November 2009, sabtu jam 9.15 pagi.
.
Jadi dikesempatan yang amat sedikit ini, saya menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan kepada semua warga PMMM yang baru atau yang lama diatas salah, silap, serta kasarnya bahasa saya sepanjang perkenalan kita disini. Saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas melakukan salah. Ampun dan maaf sekali lagi.
.
Juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak kedutaan Besar Malaysia di Maghribi, Persatuan Mahasiswa Malaysia, serta rakan-rakan disini di atas bantuan yang sangat banyak diberikan kepada saya sepanjang 4 tahun keberadaan saya disini. Nasihat saya buat ahli PMMM semua, teruslah memberi kerjasama yang baik kepada pihak kedutaan amnya, dan kepada Pihak persataun khususnya dalam menjalani kehidupan antum disini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya.
.
Buat rakan-rakan,adik-adik junior..Semoga antum semua tabah serta terus semangat dalam menempuh dugaan dan halangan semasa menuntut ilmu disini. Semoga Allah mempermudahkan urusan serta terus memberi kejayaan yang cemerlang buat antu semua.
.
Akhirkata semoga berjumpa lagi di Malaysia.
.
Salam perpisahan.
Nafir

 

..::AkU SeDiH::..

Posted: November 20, 2009 in Uncategorized
Perpisahan itu sesuatu yang menyedihkan serta menyakitkan..bak kata orang jangan salahkan pertemuan jika ada perpisahan! yer memang sedih untuk meninggalkan morocco yang banyak mengajar serta memberi nafas-nafas kehidupan buat aku disini..
.
Ya Allah perpisahan itu semakin hampir untuk aku..perasaan yag amat sukar sedang menghimpit jiwa yang kecil ini.Aku redha dengan ketentuan ini..
.
Buat rakan-rakan seperjuangan..Semoga kalain berjaya disini.sama-samalah mendoakan kejayaan kita semua.Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian semua. insyaAllah…
.
Meow4ever,
Train 142,
Rabat Agdal-Mohammedia.