..::BaIt SoUs YaNg IsTiMeWa::..

Hari ni hari terakhir aku menyewa bilik di jalan Sous Mohammedia…rasa sedih dan gembira yang bercampur baur sedang melanda diri aku buat masa sekarang. Sedih sebab nak tinggalkan bilik yang best, yang banyak  mengajar erti kehidupan bersendiri serta tuan rumahnya sangat baik bagi aku.  Gembira plak sbb banyak perkara yang berlaku  dalam kehidupan seharian aku, berlaku secara kebetulan yang mana aku tak mampu untuk coretkan satu persatu disini..terima kasih Tuhan!!
.
Terima kasih kepada tuan rumah yang baik hati kerana memberi peluang untuk aku menyewa bilik kalian..semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan…
.
So, pasni duk mane?? erm, aku akan menumpang rumah teman-teman di Brada3ah sementara menunggu urusan-urusan aku selesai dan sebelum terbang pulang ke Malaysia..Doakan semoga dipermudahkan urusan!!
.
Image040
………………………..Study sambil bergaya!!
.
DSC02031………………………………BBQdi sutuh bilik
.
DSC00396…………………………….Besday Party!!
.
Erm, bnayk lagi sebenarnya party-party makan serta kenangan yang lain kat bilik ni..cume gamabr2 ni jer yang tersimpan di dalam laptop aku..Maaf ya!!
.
Ok sekian dulu,
Meow4ever, Mohammedia.

..::BeRhEnTi BeRhArAp::..

Aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti suatu saat
tak ada cintaku dapat
.
Kenapa ada derita
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan…

Aku pulang…
tanpa dendam
kuterima.. kekalahanku

Aku pulang…
tanpa dendam
ku salutkan.. kemenanganmu

Janganlah di beri pengharapan kepada Hati dan Perasaan..!!

..::SyUkUr::..

degree_pic
.
Salam semua~ semoga kalian berada di dalam keadaan sihat sejahtera!
.
Erm, hari ni heppi sangat sbb per erk?? sbbnya Sijil Ijazah saya dah dapat..hup hup hurrre!! hanya Syukur sahaja yang dapat aku lafazkan ke Allah kerana telah memudahkan urusan-urusanku..
.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang banyak membantu saya..terutama Kedutaan Besar Malaysia di Morocco! Allah jazikoum bikhier…
.
Jasa Kalian akanku kenang selamanya~
.
Meow4ever,
Mohammedia, Morocco.

..::SeLaMat HaRi LaHir::..

IMG_0201.
Assalamualaikum wth…
.
Di kesempatan ini saya ingin mendedikasikan ucapan Selamat Hari Lahir saya kepada Emak saya yang tersayang di Malaysia..Semoga dipanjangkan Umur, di beri kesihatan dan di murahkan rezeki serta menjadi seorang emak yang berjaya di dunia dan akhirat..saya rindu emak saya!!
.
Juga Kepada Kawan saya Mohd Said Sulaiman yang tarikh lahirnya jatuh sama dengan tarikh lahir emak saya..saya ingin mengucapkan Selamat hari Lahir yang ke 23 agaknya kepada beliau..Semoga di hari bahagia ini, kamu dipanjangkan umur, di beri kesihatan serta dilimpahkan dengan rezeki yang banyak…dan berjaya di dunia dan akhirat kelak!! Aamine ya Rab..Selamat Hari Lahir <:-P :o )
.
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu..

.
P/s : Lirik dari lagu Imran Ajmain…xtaulah kena atau pun tak ngan ucapan besday aku ni!!ngeh~ paperpun layan jerlah erk…dan sila abaikan gambar saya sbb xder gambar solo.. huhuh
.
Sekian,
Meow4ever,
Morocco.
” Persahabatan itu cukup indah kalau dinilai dengan hati yang ikhlas… “

..::ReSePsI KeMeRdEkAan 2009::..

Salam semua..
Semoga kalian sehat sejahtera bahgia hendaknya…
.
Post kali ni plak aku nak titipkan kesah hari kemerdekaan yang berlangsung baru-baru ini juga di kediaman rasmi Datuk Duta Besar Malaysia di Morocco..erm, bukan hari merdeka bulan lapan ker? ya.. sudah tentu, tapi apakan daya hari kemerdekaan kita tahun ini,  jatuh di bulan puasa, makanya risepsi harus ditunda sehingga hari raya..ngee~
.
Dengan dihadiri tetamu-tetamu dari semua Kedutaan di Morocco serta rakyat Malaysia yang berada di sini, majlis yang bermula seawal 7ptg sehingga ke 10 malam, tersangat-sangatlah meriah!! betul…Besh…Antara menu yang dihidangkan adalah seperti Rendang Ayam, Nasi Himpit, Kuah Kacang, Nasi Goreng, Bihun Goreng, Kuih-Kuih Tradisional serta pelbagai jenis Biskut Raya..
.
Ok, nak tengok gambar sekitar Majlis malam tu..??Jom!!!
.
DSCF2886
.
DSCF3047.
DSCF3271
.
DSCF3049.
P1100559
.
P1100656
.
DSCF3235.
P1100661 (1).
DSCF3276.
P1100660
.
DSCF3184
.
DSCF2883
.
DSCF3292.
wargh~ cukup sekadar itu dulu, maaplah yer banyak gambar aku dari orang!hohoh…erm..gambar akhir ni best!! sbb macam warna merah jer tema baju raya tahun nie..ngeh~
.
Ok..semoga terhibur!!!
.
Meow4ever,
Bait du Sous Mohammedia.

..::LaSt RaYa::..

Salam semua~
Walaupun bahang Hari Raya di Morocco sudah menunjukkan penyudahnya…tetap gak nak ceritakan sambutan hari raya terakhir aku kat morocco ni! walaupun tak semeriah yang disangka2 ianya akan meninggalkan kenangan yang cukup manis buat aku dan ahli-ahli mohammedia yang lain..InsyaAllah!
.
Dengan pelbagai jenis biskut raya yang dibuat oleh tajuddin, aku n mad atou3 serta rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang menjadi santapan kami pada pagi raya..Shedaaap!! bahagianya maser tue~
erm..paperpun layan jerlah gegambo teman ni yer yop.!
.
CIMG2035
.
CIMG2040
.CIMG2045
.
DSC03734
.
CIMG2039
.
CIMG2046.
CIMG2049
.
CIMG2050.
CIMG2070.
CIMG2068
.
CIMG2097.
CIMG2099
.
ok…penaaat!!
.
Meow4ever,
Bait du sousMohammedia.

..:: ??? ::..

busy
.
Salam semua..setelah lama meninggalkan blog ni gara-gara kebusyan yang amat melampau tempoh hari dengan pelbagai acara dan majlis yang telah diadakan. Di harapakan rakan-rakan beradadalam keadaan sehat sejahtera…
.
Erm…musim persekolahan di morocco buat bakal2 pemegang ijazah dan master sudah pun bermula atupun akan bermula minggu ini..diharapkan kepada anda semua agar mengembalikan semangat belajar yang telah lama ditinggalkan untuk terus suksess bagi semester ini. Juga untuk pelayan-pelayan perasaan..sila bangun serta sila sedarkan diri anda dari terus dibuai perasaan cinta musim panas, jeolous, sakit hati, fitnah memfitnahi agar ianya tertumpu kepada pelajaran sahaja..( bolehlah cakapkan sbb dah hbis belaja! )
.
Cakap pasal fitnah memfitnah ni….aku harap takderlah yang buruk sangka lagi kat aku! pleaselah erk..aku tak kacau pun hidup sesiapa..aku bahagia aku macam ni! aku tak plak nak nganjing2 orang buat masa ni..tu masaalah sendiri,sendirilah tanggung jgn plak nak kait-kaitkan aku plak dalam masaalah korang tu,pehtu nak sindir2 aku..senang je! “kalau basicnya kuat,maka segalanya akan kuat” walau ditempuh apa2 cabaran ..walaupun korang suke atau korang syg kat sesuatu @ seseorang, korang takleh nak pakse sesuatu @ seseorang nak ikut cara korang atau kepala korang…aku harap salah sangka ni, dihabiskan segera!
.
K,lah sebelum melalut ke tempat2 lain..aku mitak maap kat sesape yang tak suke post ni! ni just luahan hati aku. yang terasa pikir2lah…maaf sekali lagi!
.
p/s : aku tak beria, tapi bila dah tuduh2 aku, baik aku beriakan..??
.
Meow4ever,
Bait du sous Mohammedia.

..::PaRtI WiDa3::..

DSC03755
.
Walaupun parti ni dah lame juga berlalu…tapi aku tetap nak record jugak kat blog aku! bolehkan??Ngee~ Parti yang dihadiri semua dak ikhwan yang ada kat kenitra malam tu menjadi syok bile tgk dorang bergelak tawa..yelah lama dah tak rasa suasana macam tu..best tau!
.
Parti yang mendapat sambutan dari sume ikhwan tu telah di ideakan oleh abg Akmal kita semasa parti pagoda malam tu,dan disambut baik oleh kalangan ahli2 parti malam tu..hehhe! ianya bertujuan untuk meraikan jejaka-jejaka yang akan balik mesia tu nanti..Parti yang telah di hidangkan dengan makanan yang pelbagai seperti Ayam Tandoori, Ayam Bermadu, Sosej Salai, cocktail, Air teh akmal…buah-buahan dan juga ulam-ulaman menjadi santapan kami malam itu. Enjoooy sangat!!
.
Terima kasih diucapkan kepada penderma-penderma yang baik hati serta penuh poketnya kerana menaja jamuan pada malm itu, tidak dilupakan jugakepada Tuan Presiden yang telah meluluskan peruntukan untuk majlis itu..Measih Pek! Semoga Allah membalas jasa anda semua..
.
Untuk yang sahabat-sahabat yang telah menghadirikan diri menjayakan majlis tersebut, mekasih pada anda semua..Semoga malam itu menjadi kenangan Buat kita semua~ ok enjoy da pictures!!
.
DSC03745
.
DSC03759.
DSC03728.
DSC03747.
DSC03751.
DSC03774.
DSCN0283.
DSCN0287.
DSC03791.
DSC03831
.
Penaaat!!
Meow4ever,
Mohammedia,Morocco.


..::Kita SeRbU!!!::..

Assalamualaikum wth…
Semoga kalian berada didalam keadaan sihat sejahtera..
.
DSC00929
Dengan Ini, saya mewakili auntie Rohana dan Uncle Daud ingin menjemput seluruh warga Malaysia yang berada di morocco untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka di kediaman rasmi mereka pada hari raya pertama! Majlis yang akan bermula pada pukul 12.30tgh hari sehingga 4.30ptg di jangka meriah dengan kehadiran tetamu-tematu yang istimewa. Jadi, jangan pikir-pikir lagi..Raya pertama nanti, kita serbu rumah Auntie Ana n Uncle Daud ramai-ramai k….jangan lupe bawak duit raya untuk saya..ngee~
.
Sekadar itu dulu..semoga Hari Raya Tahun Ini, akan bermakna buat kita semua!!
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin.
.
Meow4ever,
Mohammedia, Morocco.

..::RaYa…RaYa…Raya::..

hariraya
.
Bulan puasa hampir meninggalkan kita cuma lagi beberapa hari saja lagi..hati ini pasti akan merindu bulan yang mulia ini..Agar di hujung-hujung bulan yang barakah ini kita mencari sebanyak-banyaknya pahalah insyaAllah..
.
Tapi masalahnya tahun ni,nak raya kat mane???? aduh!!! sedihnya………bukan bermakna menyesal untuk beraya buat kali terakhir aku kat sini tapi untuk mencari suasana yang bakal tidak akan aku  rasa lagi! sob..sob..sob:((
sedih arrr..weh dak2 jomlah raya sama-sama! sedihnyeeeeeeeeeeeeeeeeee. Dahlah baju raya tader tahun ni..huhu lagi sedih! jadi kepada sesape yang nak cari baju raya lehlah join aku ke Shopping Mall yang berdekatan..Yallah!
.
So di kesempatan ini, saya sebagai insan yang kerdil lagi hina, ingin mengucapkan Selamat hari Raya Maaf zahir Dan Batin kepada Kelurga tercinta, Sanak saudara, sahabat handai serta yang mengenali diri ini..Halalkan makan minum, maafkan salah silap yang aku penah buat kat korang semua..Camat Ali laya!!!!;))
.
K,lah…malas nak ngomel2 banyak…jgan bersedih semua! hari kemenangan untuk kitakan hampir tiba so, kita enjoooooooooooooooyy!!
.
daaa~
Meow4ever,
Mohammedia Maroc.

« Older entries